|
Datang dan pergi. :') -Mohamed Israq Bin Safuan: 1 Jun 2012, Jumaat.
Thursday 31 May 2012 | 10:34 | 0 comments
Assalamualaikum.
Harini genap 1 Jun 2012, saya kehilangan seorang abang saudara yang amat rapat. Saya kehilangan seorang abang saudara yang bernama MOHAMED ISRAQ BIN SAFUAN. Kehilangannya amat terasa sebak dihati ini. Dia lah yang selalu memberi semangat kepada saya, dia lah yang selalu buat lawak, dia lah yang selalu kacau saya, dia lah yang selalu mengukir senyuman dibibir, dia lah yang selalu gelak dan dia lah yang selalu buat kami semua gembira. Tapi semua itu sudah tiada. Hanya kenangan. Kenangan yang hanya boleh diingatkan tanpa dia dihadapan kami. Dia dah pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya. :')
Sebelum dia kembali kerahmatullah, dia pernah cakap dekat saya, "atin, nanti raya ni kita keluar ramai-ramai ye." Tapi hajatnya itu tidak kesampaian. Ya Allah. Terlalu muda dia pergi. :'( Yelah, siapa kita nak tentukan segalanya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu hidup dan mati kita kerana Dia lah yang hidup serta wujudkan kita di dalam dunia ini. Sesungguhnya kami redha atas pemergiannya...
Selepas ini, tiada lagi kedengaran suara kegembiraannya. Raya tahun ini tiada lagi dia disisi kami. Tak boleh lagi tengok muka dia, salam cium tangan dia, peluk dia, senyum dekat dia, tengok phone dia, kongsi masalah dengan dia dan semualah. Semua itu akan saya rindu. :'(
Abang... Terlalu awal abang pergi tinggalkan kitaorang. Sumpah, demi Allah.. Takterkata sekarang ini. Hanya Allah SWT yang tahu bagaimana sebaknya hati kitaorang untuk melihat abang pergi buat selama-lamanya. Kitorang di sini akan sentiasa merindui abang dan tidak akan pernah lupa akan segala kenangan yang pernah kita kongsi masa abang masih ada bersama kitaorang. Tidak akan pernah kitaorang lupa walaupun abang dah tak ada bersama kitaorang lagi.. Solat, doa, ingatan, dan apa jua sekali pun, kitaorang tidak akan pernah lupa sedekahkan dan sentiasa berdoa untuk abang. Kalau lah abang dengar... :'(
Adik di sini akan sentiasa berdoa yang terbaik buat abang dan semoga roh abang dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin. :') Kepada sesiapa yang mengenali MOHAMED ISRAQ BIN SAFUAN, halal kan lah apa yang telah korang berikan kepada arwah selama ni, maafkan lah segala perbuatan arwah terhadap korang dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. :') Arwah dah tak ada lagi dalam dunia ni. Dia sudah pergi buat selama-lamanya dan tak akan kembali semula. Jadi, maafkan lah arwah dan sedekahkan Al-Fatihah untuknya ya? Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kalian semua. Insya-Allah.
"Mohamed Israq Bin Safuan.. Wajahmu, gelak tawamu, senyuman manismu, gurauanmu, kemanjaanmu, suaramu dan segalanya, akan sentiasa kami rindui. :')"
Salam takziah buat abang saudaraku, ikhlas dari adik saudaramu fatin rauqah shafie. :') BEST MOMENT! :-*
Monday 28 May 2012 | 08:54 | 0 comments
Assalamualaikum and Hi semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. :)Hari Sabtu 26/5/12 hari tu kann, kita pergi Jom Heboh dan Hari Belia. Best sangat. Have fun. Dari pukul 1 tengah hari sampai pukul 11 malam dekat Putrajaya. What a best moment! I miss that. :( kita bergambar dengan macam-macam artis. Shah Iskandar, Aiman Hakim, Hairul Azreen, Panjang juvana, Ayam juvana, Cikgu Zakiah Juvana, pelakon cerita "Cinta Buat Emelda" tu je... Sedih sebab sebenarnya ramai lagi artis ada dekat sana tapi tak ada rezeki nak jumpa dorang. By the way, group forteen!!!! Sayangnya tak dapat nak bergambar dgn dorang. Seriously rasa nak menangis ooooh. :'/ Group forteen memang comel. Saya ulang. Memang comel! Time dekat putrajaya tu memang ramai sangat orang. Ramai sangatttttttt. Tak tahu macam mana nak bagitahu betapa ramainya lahai orang dekat sana! Fuhhh. Hari sangat terik. Muka dah jadi merah gila that time. Lagi sikit nak pengsan sebab ada migrine en. Sikitttt je lagi. Tapi alhamdulillah. Allah swt lindungi diri saya. :') malam tu ada countdown. Ada konsert. K masa tu saya betul-betul enjoy. Semua masalah saya ketepikan seketika. Tapi walaupun enjoy sangat-sangat, Allah swt tidak pernah saya ketepikan. Always in my mind and in my heart. Always! Hari ni 28/5/12 keluar lagi. Kita keluar pergi tengok movie cerita "You Believe In Ghost?" with my buddies. :) okayy, harini enjoy juga. Asyik gelak je. Kita keluar dengan adik sepupu dan kawan-kawan lelaki kita. Kawan lelaki je okay? Take a note. Hehe. :p That movie sangat menyakitkan hati......... Tapi nasib baik ada seram dan ada banyak part lawak. Tapi juga tak berapa faham apa sebenarnya cerita itu mahu cuba sampaikan kepada penonton termasuk saya. :/ Ayat skema dan saya tahu itu. Apa-apa pun, dua hari ni memang best sangat. Seronok! Terima kasih Ya Allah. :') *Gambar bersama artis-artis masa dekat Putrajaya haritu dan segala gambar saya hanya upload dalam laman social Facebook dan Twitter. Nak tengok, silalah rajinkan diri seacrh okay? Kalau boleh, follow lah sekali Twitter saya tuu okay? Thanks :-* xoxo Sincerely, Fateen Shafie. Take Note! This boy is Datu Alfam Aizat. Me love him and we in a serious relationship. Not a joke. Sincerely, Fatin Rauqah. ★
Friday 25 May 2012 | 03:57 | 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ewahh. Kemain lagi caption dekat atas tu. Hihi. Semangat kan? Ada sebab mengapa saya nampak semangat/happy.Bila hati mula berkata.
Tuesday 22 May 2012 | 06:05 | 0 comments
Assalamualaikum :')
Korang sihat? Apa khabar? Harap sihat lah semua. Saya tak sihat. Saya disakiti. Sudah lama tak kena macam ni, bila kena balik rasa macam dah tak kuat. Takpe, dugaan dalam perhubungan. Saya terima dengan hati yang ikhlas. Terima Kasih Ya Allah. *kesat airmata*
Korang. Nak tanya. Apa perasaan korang bila dapat tahu kekasih hati korang ada crush? Lepas tu mesej hari-hari. Apa korang rasa? Rasa diri sendiri dah tak dihargai oleh kekasih hati sendiri kan? Memang rasa putus asa dah haritu tapi disebabkan fateen sayang bf fateen. Fateen masih nak bersama dia. Fateen tak nak kehilangan dia. Biar lah dia buat apa dekat belakang fateen. Fateen tak kisah sebab fateen tahu Allah tu Maha Adil. Dunia ni ibarat roda. Sekejap kita dekat atas dan sekejap kita dekat bawah. Benda yang kita buat, benda tu akan jadi dekat diri kita balik. Am i right guys? :')
Sekarang, dah tak ada lagi kedengaran gelak tawa fateenshafie. Sekarang dia sudah menjadi seorang yang pendiam, buat hal sendiri, pendam apa yang dia rasa seorang diri kecuali kalau dia sudah tidak boleh tahan. Dia akan luahkan dekat ibu, kawan-kawan, abang-abang dan orang yang terdekat dengan dia. Kadang-kadang dah tak tahu nak cakap apa lagi. Puas dah menangis. Tapi kalau menangis pun, tak dapat apa. Mata sendiri yang bengkak. ~.~
Banyak benda sebenarnya kita kena tempuhi. Jadi, kita kena kuat hadapi semua tu. Yang penting kesetiaan dalam perhubungan. Ingat tu. Banyak mana pun dugaan, terima semua tu dengan hati yang ikhlas. Jangan banyak mengeluh. Banyakkan berdoa. Okay cukup untuk harini. Airmata semakin bermanja-manja dengan kelopak mata. Ahah....
*Ambil wuduk, solat dan berdoa pada Allah S.W.T.
Sekian. |