|
Take Note! This boy is Datu Alfam Aizat. Me love him and we in a serious relationship. Not a joke. Sincerely, Fatin Rauqah. ★
Friday, 25 May 2012 | 03:57 | 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ewahh. Kemain lagi caption dekat atas tu. Hihi. Semangat kan? Ada sebab mengapa saya nampak semangat/happy.Semalam kan. Kita.. kita... Kita on call dengan Cinta Hati ★ Hihi. I miss him so badly. I miss his voice, his laugh, his face and his dimple. Opss. He he.... Oh myy. Seriously I miss you. Setiap saat mesti tengok phone. Tak pernah tak ada phone dekat tangan. Kalau phone tak ada dekat tangan, mula lah macam orang gila turun naik tangga semata-mata nak cari phone. Heh. Kantoi. K silent. :'BOn call dengan dia ada lah dalam 1 jam 1/2 kot. Tak perasan sebab bahagia sangat rasa malam semalam bila dengar suara dia even dalam phone je. *lap airmata* Aku luahkan semuanya dekat dia. Aku lepaskan airmata aku. Aku tak boleh sembunyikan lagi. Aku bukan sengaja mahu mengeluarkan air dari kelopak mata ini. Sesungguhnya, hati ini yang berasa sangat lemah bila bersama dengannya. Agak banyak dugaan yang aku lalui semenjak bersama dia. Tapi alhamdulillah, semua itu aku dapat tempuhi dengan hati yang tenang dan aku redha. Aku dapat mengawal perasaan ini. Kesabaran aku tinggi ibarat mahu mencecah ke Gunung Kinabalu.... Ok aku bergurau.Ada seorang hamba Allah ni. Dia suka dekat cinta hati saya. Siap "crush" lagi tu. Lepas tu dekat Twitter asyik updated pasal cinta hati saya je............. Dia berharap cinta hati saya msg lah, balas cinta dia lah apa lah. Apa semua ni? Kenapa suka sangat nak jatuhkan hubungan orang? Kenapa?! Tolong lah perempuan, jangan lah engkau ganggu atau cuba untuk memusnahkan hubungan kami. Aku mohon.."Cinta Hati" saya cakap dia dah tak nak ada sesiapa lagi selain daripada diri saya. Dia dah bersumpah atas nama Allah swt.. Dia dah tak mahu disakiti lagi dan dia tak mahu sakitkan hati orang yang dia sayang lagi. Dia tak mahu ulangi masa silamnya. Dia mahu hidup bersama dengan saya. Hanya saya. Dia mahu hubungan yang lama dan bukan hanya sementara. Dia sendiri yang ungkap kata-kata itu. Bukan saya yang reka cipta atau tolak tambah. Saya pun begitu. Saya mahu hubungan yang lama dan kalau boleh, selama-lamanya. Insya-Allah..Semalam bergurau dengan dia. Dia buat saya gelak sepanjang on call tapi.... Ada masa tengah cakap-cakap tetiba saya terdiam sebab terkejut airmata jatuh atas bantal. Awakk. Maaf buat awak sedih dan susah hati. Saya tak mahu kehilangan awak taw? Ingat apa yang saya cakap semalam tu. :')Semua msg awak masih saya simpan. Dah sampai full inbox dan terpaksa buang sikit. :( Walaupun saya buang msg awak dari inbox saya disebabkan inbox full. Tapi saya tak pernah buang dan tak pernah lupa apa yang awak katakan pada saya, ungkapkan pada saya sebelum ini hingga ke hari ini dan saya sentiasa simpan awak dalam hati ini. Hati ini hanya muat untuk awak seorang sahaja selain daripada Allah swt, Nabi Muhammad, my family and my bestfriends. Saya tak tipu. Setiap kali saya solat, saya akan sentiasa berdoa pada Allah swt supaya hubungan kita akan kekal selamanya. Banyak saya berdoa. Tak kira waktu solat atau tidak. Hanya Allah swt dan diri ini sahaja tahu apa yang saya mohon dari-Nya. Ibu saya sudah dan sentiasa merestui hubungan kami. Asalkan saya tidak disakiti dan pandai bawa diri.. Insya-Allah. Ibu. Baby sayang ibu. <3★ Kalau lah boleh, saya nak je suruh awak robek hati saya ini dan tengok apa ada dekat dalamnya. Mesti awak nampak hati awak.. :')Masa on call tuu, dia cakap yang dia nak bawak saya keluar. Tapi dia tak tahu lagi bila. Dia nak set time, date and day clearly baru dia bagitahu dan confirmkan dengan saya. Yeppi! Can't wait for that. I'm waiting here sweetlung. :-*Luahan hati, fateenshafie. |