|
Datang dan pergi. :') -Mohamed Israq Bin Safuan: 1 Jun 2012, Jumaat.
Thursday, 31 May 2012 | 10:34 | 0 comments
Assalamualaikum.
Harini genap 1 Jun 2012, saya kehilangan seorang abang saudara yang amat rapat. Saya kehilangan seorang abang saudara yang bernama MOHAMED ISRAQ BIN SAFUAN. Kehilangannya amat terasa sebak dihati ini. Dia lah yang selalu memberi semangat kepada saya, dia lah yang selalu buat lawak, dia lah yang selalu kacau saya, dia lah yang selalu mengukir senyuman dibibir, dia lah yang selalu gelak dan dia lah yang selalu buat kami semua gembira. Tapi semua itu sudah tiada. Hanya kenangan. Kenangan yang hanya boleh diingatkan tanpa dia dihadapan kami. Dia dah pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya. :')
Sebelum dia kembali kerahmatullah, dia pernah cakap dekat saya, "atin, nanti raya ni kita keluar ramai-ramai ye." Tapi hajatnya itu tidak kesampaian. Ya Allah. Terlalu muda dia pergi. :'( Yelah, siapa kita nak tentukan segalanya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu hidup dan mati kita kerana Dia lah yang hidup serta wujudkan kita di dalam dunia ini. Sesungguhnya kami redha atas pemergiannya...
Selepas ini, tiada lagi kedengaran suara kegembiraannya. Raya tahun ini tiada lagi dia disisi kami. Tak boleh lagi tengok muka dia, salam cium tangan dia, peluk dia, senyum dekat dia, tengok phone dia, kongsi masalah dengan dia dan semualah. Semua itu akan saya rindu. :'(
Abang... Terlalu awal abang pergi tinggalkan kitaorang. Sumpah, demi Allah.. Takterkata sekarang ini. Hanya Allah SWT yang tahu bagaimana sebaknya hati kitaorang untuk melihat abang pergi buat selama-lamanya. Kitorang di sini akan sentiasa merindui abang dan tidak akan pernah lupa akan segala kenangan yang pernah kita kongsi masa abang masih ada bersama kitaorang. Tidak akan pernah kitaorang lupa walaupun abang dah tak ada bersama kitaorang lagi.. Solat, doa, ingatan, dan apa jua sekali pun, kitaorang tidak akan pernah lupa sedekahkan dan sentiasa berdoa untuk abang. Kalau lah abang dengar... :'(
Adik di sini akan sentiasa berdoa yang terbaik buat abang dan semoga roh abang dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, amin. :') Kepada sesiapa yang mengenali MOHAMED ISRAQ BIN SAFUAN, halal kan lah apa yang telah korang berikan kepada arwah selama ni, maafkan lah segala perbuatan arwah terhadap korang dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. :') Arwah dah tak ada lagi dalam dunia ni. Dia sudah pergi buat selama-lamanya dan tak akan kembali semula. Jadi, maafkan lah arwah dan sedekahkan Al-Fatihah untuknya ya? Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kalian semua. Insya-Allah.
"Mohamed Israq Bin Safuan.. Wajahmu, gelak tawamu, senyuman manismu, gurauanmu, kemanjaanmu, suaramu dan segalanya, akan sentiasa kami rindui. :')"
Salam takziah buat abang saudaraku, ikhlas dari adik saudaramu fatin rauqah shafie. :') |