|
Ketenangan.
Monday, 25 March 2013 | 09:16 | 0 comments
Assalamualaikum.
Bismillahirahmanirahim..
Kadang aku teringin mahu jejakkan kaki ku ini ke tanah suci Makkah.
Aku mahu tinggalkan segala masalah didunia ini. Iaitu disini. Aku mahu
ketemu Allah Yang Maha Esa. Alangkah indahnya jika aku dapat sujud dihadapan
Kaabah Allah, dapat aku cium Raudah tempat Nabi SAW bersujud, dapat memohon keampunan daripada Allah SWT ditempatNya. Jika aku pergi ke sana, jejakkan kaki ditanah suci Makkah. Terlampau banyak hajat yg aku mahu memohon pada Ilahi. Terlampau banyak yg aku mahu mengadu padaNya dengan lebih dekat dan tenang. Terlampau banyak. Tidak bisa aku ungkapkan dengan kata-kata di lidah :') SubhanAllah.. Hanya Allah sahaja mengetahui segalanya apa
yg tersirat didalam lubuk hatiku ini.
Ku pasti, jika ada rezeki buat diriku juga keluargaku,
Dengan izinNya, InsyaAllah pasti kami dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.
"Ya Allah Ya Tuhanku, sentiasa lah dekati diriku ini serta keluargaku ya Allah.
Kuatkan lah hati kami menempuhi segala dugaan yg Engkau turunkan keatas dunia
milikMu ini. Ku pasti, diakhirat kelak kebahagiaan yang kekal abadi menanti
aku dan keluargaku. Kau Maha Adil. Aamiin Ya Allah."
Sesungguhnya, aku hanya memerlukanMu di sepanjang perjalanan hidup dan matiku wahai
Tuhanku Yang Maha Satu dan Kekal Abadi, ALLAH S.W.T.. - Fatin Rauqah. |