|
Coretan dariku.
Monday, 18 March 2013 | 23:55 | 0 comments
Assalamualaikum.
Hidup umpama cuaca.
Kadang kita sedih, kadang kita gembira.
Kadang kegembiraan itu tidak dapat digambarkan.
Walau bahagia mana pun kita sewaktu itu,
Pasti ia akan kembali sedih atau sebaliknya.
Kerana apa? Kerana disaat itu Allah sangat merindui
Doa dari hambaNya, iaitu diri kita.
Dia sudah berikan kita kebahagiaan,
Ungkapkan "Alhamdulillah" kerana tiada Dia,
Tiada lah perasaan itu..
Kadang Allah gantikan hujan dengan pelangi.
Allah sorokkan bintang dan gantikan bulan.
Yang pasti, Dia setia melihat kita dari atas sana.
Cuma kita yang selalu leka dengan hal dunia.
Ingat, sejauh mana pun kita berada,
Setinggi mana pun kedudukan kita,
Yang Maha Esa jangan dilupakan,
Kerna itu semua pemberian dariNya,
Hanyalah pinjaman di dunia.
Kita sedih hari ini,
Mungkin esok kita kembali ceria.
Bekalkan doa sentiasa, ingat padaNya.
Minta apa yang dihajatkan,
InsyaAllah atas izinNya,
Hajat kita akan dimakbulkan.
Salam sayang dari diriku, Fatin Rauqah.
|