|
Ikhlas dariku, Fatin Rauqah.
Friday, 22 March 2013 | 00:50 | 0 comments
Assalamualaikum.Hidup ini terlalu banyak dugaan yang harus kita tempuhi sepanjang hari. Walaupun kadang kala aku sendiri tidak kuat untuk menempuhi semua itu, tetapi aku tabah dan yakin bahawa ada hikmah disebalik semua kejadian. Allah tidak akan bebankan hambaNya dan Dia tidak akan beri kita dugaan jika kita tidak kuat untuk menempuhi apa yang diberi olehNya. Ingat, Dia turunkan dugaan pada kita kerana Dia tahu kita kuat hadapi semua itu. Yang penting, berdoa. Usaha untuk selesaikan masalah yang dihadapi. Jangan cepat putus asa dan mengeluh. Allah tidak suka lihat hambaNya sebegitu. Setia berdoa. Hanya mampu melihatmu dari jauh. Walau kita sudah tiada apa-apa ikatan seperti dahulu, tetapi aku tidak akan pernah membenci dirimu kerna kau pernah menjadi sebahagian dari hidupku ini. Sungguh banyak kenangan yang kita coretkan bersama sebelum ini, dugaan yang kita lalui bagai ombak Tsunami. Tidak boleh aku lupakan. Itu hanya kenangan antara kau dan aku. Jagadiri, ku harap kau temui kebahagiaan kelak. "Ku panjatkan doa pada Ilahi buat dirimu juga diriku.." Sesungguhnya, aku hanya mampu berdoa pada Ilahi, Ku hanya mampu melihat kau dari jauh walau perit dihati ini, Ku tabahkan hati, ku kuatkan diri dihadapan manusia-manusia disekelilingku. Rindu.. Tetapi apa yang aku mampu buat hanyalah berdoa dan mengadu pada Dia di atas. Tidak putus-putus ku berdoa agar kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Jika benar kau lah jodohku di masa akan datang, Kita pasti akan bersama dengan izinNya, Dan jika jodoh itu bukan untuk kita bersama, Aku redha.. Aku akan sentiasa panjatkan doa buat dirimu. Ku sebut namamu disetiap doaku.. Jika rindu, letak lah tangan di dada mu dan sebut nama panjangku. Katakan pada Ilahi sesungguhnya kau amat merindui diriku ini agar ku dapat merasakan kerinduaanmu itu.. :') salam sayang dan rindu dariku, manje. |