|
ERTI SAHABAT SAMPAI MATI :')
Monday, 3 October 2011 | 11:00 | 0 comments
Assalamualaikum. Okay saya nak cakap mengenai sahabat sampai mati. Saya dah kehilangan seorang kawan yg dulunya sangat rapat dan berkongsi masalah bersama. Tetapi sekarang, Allah telah pisahkan kami. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Tidak mengapa, saya terima hakikat dan saya redha. Saya masih ada kawan yg boleh bersama dgn saya dalam apa jua sekali pun keadaan. Ini lah insan yg selalu ada dengan saya sewaktu saya sedih, menangis, gembira dan dalam apa keadaan sekali pun. Dia sentiasa disisi saya. Sentiasa memberi semangat kepada saya. Sentiasa menasihati saya supaya tabah menghadapi dugaan. Sesungguhnya, itu lah yg dinamakan "SAHABAT SAMPAI MATI". Saya tidak mahu kehilangan insan ini. Saya mahu dia terus berada disisi saya, selalu memberi semangat kepada saya dan selalu mengingatkan saya bahawa kami akan berkawan sampai mati. Terimakasih Ya-Allah kerana engkau masih satukan kami walaupun sekarang kami sudah berjauhan dan tidak selalu jumpa dan gelak bersama-sama. Tetapi kami masih berkawan dan bukan berlawan. Sesungguhnya saya amat sayang akan insan ini yg bernama, ATHIRAH AZIZAN <3 Demikian lah luahan hati saya. Salam syg. Assalamualaikum. Lots of love, Fateen Shafie. |