|
Jodoh ajal dan maut ditangan Allah :')
Tuesday, 20 September 2011 | 06:20 | 0 comments
Assalamualaikum.Tahun ni rasa macam cepat sangat masa tu berlalu kan? Ajal pun makin lama makin dekat. Tunggu masa je lahh untuk pergi.... Ramai kawan fateen tanya kenapa dah lama tak dtg sekolah. Cikgu pun tanya. Hmm, fateen sakit lah. Sakit ni hanya fateen je yg boleh rasa betapa peritnya. Tapi tkpe, fateen tau ni dugaan untuk fateen. Hidup mesti ada dugaan kan? Allah itu Maha Adil. Fateen berterima kasih sgt dkt yg Maha Esa kerana masih diberi peluang kpd fateen utk terus hidup dlm dunia ni. Fateen bersyukur juga masih ada org yg slalu syg fateen. Ya-Allah, terimakasih ya-Allah. Fateen tak tahu lah apa yg akan jadi lepas ni dkt diri fateen. Fateen hanya mampu berdoa dan redha kepada yg Maha Esa :) Korang, ni fateen bukan merepek taw. Fateen nak cakap ni.. Kalau lah fateen dah pergi tinggalkan dunia ni, fateen nak siapa yg pernah fateen terbuat salah apa apa, maafkan fateen yaa? Fateen ni tak sempurna dan selalu buat kesilapan. Halal kan makan dan minum yg pernah korang bagi dekat fateen selama ni. Lepas ni kalau fateen dah pergi untuk selama lamanyaa, takde lagi lah nak dengar gelak tawa kita bersama kan? Semua tu akan bertukar menjadi airmata dan kesedihan. Semua yg kita lalui akan hanya menjadi kenangan. Hmm :') *Untuk abah ibu along dan angah, org yg palingg fateen sayang.. Terimakasih sebab selama ni selalu bagi baby semangat untuk terus hidup. Selalu nasihatkan baby and semua lah. Terimakasih sgtsgt. Hanya Allah saja yg mampu membalas jasa mereka semuaa. Jagadiri korang K? Jangan menangis bila fateen dah takde nanti. Cuma satu je fateen minta, sedekahkan lah Al-Fatihah untuk fateen :') mereka yg paling berharga dalam hidup fateen :') iloveyou Azim :'} |